JENIS-JENIS
PENYELESAIAN MASALAH DALAM MATEMATIK
Masalah-masalah
Matematik boleh dikategorikan kepada berbagai-bagai bentuk. Namun demikian,
adakalanya terdapat masalah yang bertindih kategorinya.Terdapat dua jenis
penyelesaian masalah iaitu masalah rutin dan masalah bukan
rutin.
Masalah Rutin
Masalah-masalah
yang melibatkan hanya satu operasi aritmetik sahaja dalam penyelesaiannya
dikategorikan sebagai masalah rutin. Masalah-masalah rutin hanya memerlukan
pelajar memahami, memilih operasi yang sesuai serta mempraktikkan
algoritma-algoritma yang telah dipelajari. Prosedur penyelesaiannya diketahui
oleh pelajar. Walaubagaimanapun masalah-masalah Matematik rutin ada fungsinya
kerana:



Masalah rutin
adalah masalah yang diketahui jalan penyelesaiannya dengan satu strategi mudah.
Apabila menyelesaikan masalah-masalah rutin, pelajar perlu mengenalpasti:




Masalah Bukan Rutin
Masalah
rutin bukan merupakan jenis penyelesaian masalah yang unik yang memerlukan
penggunaan kemahiran, konsep atau prinsip yang telah dipelajari dan dikuasai.
Oleh itu, kaedah untuk menyelesaiakan masalah bukan rutin dalam matematik tidak
boleh menghafal, dan tidak sama seperti menjawab soalan mekanikal tertentu.
Masalah-masalah bukan rutin memerlukan proses yang lebih tinggi berbanding penyelesaian
masalah rutin. Kejayaan dalam penyelesaian masalah-masalah bukan rutin
bergantung kepada kebolehan pelajar menggunakan pelbagai strategi penyelesaian masalah
bersama dengan fakta-fakta dan maklumat dalam pertimbangan. Prosedur
menyelesaikannya adalah tidak diketahui pelajar.
Masalah-masalah
bukan rutin biasanya diselesaikan dengan pelbagai cara yang memerlukan proses
pemikiran yang berbeza-beza. Pelajar pula memerlukan pengunaan kemahiran
berfikir secara kritis dan kreatif. Kebanyakan masalah bukan rutin memerlukan
pendekatan heuristik, iaitu permohonan pengalaman dan usaha yang praktikal atau
strategi yang dirancang untuk mencapai matlamat. Masalah-masalah bukan rutin
harus digunakan dalam Program Matematik sekolah Rendah kerana boleh:




No comments:
Post a Comment