PENGENALAN
Bagi mereka
yang telah berjaya dengan cemerlang,beberpa pendekatan belajar telah diamalkan.
Para pengkaji teknik belajar telah juga menghasilkan beberapa pendekatan
pembelajaran yang berkesan.
Terpulang
kepada kita sebagai pelajar untuk mengikuti teknik mana yang paling sesuai dan
paling mudah difahami. Untuk membantu pelajar di sini terdapat beberapa teknik
belajar akan diutarakan.
TEKNIK BELAJAR
5R-STUV
1. Recopy
[salin semula]
2. Rework
all model 5 x [buat semula contoh/cepat/5x]
3. Recite
out loud Repeatedly [lafaz kuat berulang kali]
4. Recheck
[semak semula]
5.
Reasonnablenes [jawapan berpatutan/sebaliknya]
1.
s-sumarize [ringkaskan nota penting]
2. t-test
your self [uji diri anda]
3. u-use
[gunakan]
4.
V-visualize [bayangkan selalu]
TEKNIK BELAJAR SECARA PEMBAYANGAN
1.
Kita mempunyai apa yang dinamakan otak kanan dan otak
kiri. Otak kiri melibatkan pemikiran bercorak 'akademik' seperti perkataan,
nombor, kebolehan saintifik, matematik, bahasa, analisisi dan penggunaan tangan
kanan.
2.
Otak kanan pula melibatkan aktiviti bersangkutan
irama, imaginasi, warna, khayalan, ilham, corak, dimensi dan penggunaan tangan
kiri.
3.
Persoalan yang timbul adakah kita menggunakan
kedua-dua bahagian otak dengan bijaksana. Umpamanya adakah kita selalu
menggunakan otak kanan kita untuk menghayalkan pelajaran atau atau adakah ia
selalu digunakan untuk menghayalkan dan mengimaginasi masalah peribadi,
angan-angan kosong, dendam, hasad-dengki,amalan ilmu hitam dan perasaan yang
tidak berhubungkait dengan pelajaran.
4.
Jika otak bahagian kanan ini belum lagi digunakan
sepenuhnya untuk mengkhayalkan pelajaran, maka masanya telah tiba kita
mengkikis semua khayalan dan imaginasi kosong dan segerakan gunakan setiap
saaat yang ada untuk khayalan digunakan untuk membayangkan pelajaran.
5.
Teknik pembayangan perlu penumpuan. Penumpuan yang
serius amat perlu. Sebaik-baik suasana ialah yang sunyi sepi seperti semasa
berehat, semasa berbaring sebelum tidur malam, semasa duduk berseorangan
menenangkan fikiran, semasa menumpang bas atau teksi, semasa di stesen bas dan
lain-lain.
6.
Sebagai contoh kita ambil suasan berbaring sebelum
tidur. Bilik sudah gelap, Keadaan sunyi sepi. Dalam suasana ini, tenangkan
fikiran. Mula bayangkan soalan-soalan, raja, sifir, graf dan apa juga yang
telah dipelajari. Bayang ia satu demi satu. Untuk menguatkan tumpuan tulis,
lukis apa yang diingat di atas tilam dengan menggunakan telunjuk anda. Amalakan
ini setiap malam. soal diri anda, satu ke satu soalan, mata pelajaran ke mata
pelajaran sehinggalah tertidur. Ulangi bila terbangun di tengah malam. Amalkan
ia dari sehari ke sehari, seminggu ke seminggu, sebulan ke sebulan bermula
ddari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 6. Bila ruangan khayalan ini dipositifkan
dengan fikiran sehat, anda akan rasakan hasil usaha ini. Bagi anda yang belum
mengamalkannnya, cuba mula dari sekarang.
RAHSIA-RAHSIA DI SEBALIK PENGURUSAN MASA PELAJAR CEMERLANG.
1.
Masa sebelum tidur - masa berbaring sebelum tidur.
Aamalkan teknik belajar secara bayangan. Menulis atau menyelesaikan masalah
dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam.
2.
Masa terbangun di tengah malam( Belajar seperti No.1)
3.
Masa bangun tidur. Subuh/pagi.Bayangkan pelajaran
semalam.
4.
Masa ke tandas waktu pagi (ingatkan perkara yang
terlupa)
5.
Masa ke tandas waktu malam (sama seperti No.4)
6.
Masa bercermin (Lekatkan Nota penting Dekat cermin)
7.
Masa sarapan pagi (Baca selembar dua suratkhabar)
8.
Masa berjalan ke sekolah (Tanya diri-sifir dan
formula)
9.
Masa menunggu bas (Ulangkaji kad nota atau bayangkan)
10. Masa di dalam bas atau
kereta (ulangkaji harian/cepat)
11. Masa berjalan ke sekolah
( Tanya diri pasal sifir , formula dan lain-lain lagi)
12. Masa sampai awal pagi ke
sekolah ( ulangkaji harian/cepat)
13. Masa menunggu cikgu yang
terlewat(ulangkaji cepat)
14. Masa rehat (ke
perpustakaan baca ringkas buku-buku)
15. Masa sebelum pulang
(Lwatkan pulang buat kerja rumah)
16. Masa berjalan pulang (
tanya diri pasal sifir)
17. Masa berada dalam bas (
baca kad nota)
18. Masa rehat selepas makan
(baca novel/majalah)
19. Masa rehat selepas maka n
malam (Baca rencana akhbar dan lain-lain)
20. Masa menonton tv (melukis
rajah-rajah, peta, tulis formula dan lain-lain)